
PRN Melaka perlu fokus isu rakyat – Akmal
JASIN 13 Nov – Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir menasihati tokoh-tokoh politk menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai kempen positif yang menumpukan kepada isu rakyat.
Beliau bagaimanapun berkata, biarpun pilihan raya ini tidak diminta oleh rakyat Melaka, namun pertembungan ego antara tokoh-tokoh politik tidak seharusnya memerangkapkan para pengundi di Melaka.
“Bagi saya ketika ini kempen itu biarlah positif kita tumpukan kepada isu rakyat, walaupun bukan pilihan raya ini diminta oleh rakyat Melaka.
“Pertembungan ego antara tokoh-tokoh politik memerangkapkan para pengundi di Melaka ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Felda Tun Ghaffar Kemendor di sini, hari ini.
Jelasnya, tokoh-tokoh politik perlu melihat kerangka yang lebih besar jika ingin mengadakan satu pilihan raya.
“Saya harap tokoh-tokoh politik ini tengok kerangka yang lebih besar. Kita berpolitik bukan nak ugut mengugut kerana yang susah nanti adalah pengundi.
“Harapan saya supaya para pemimpin politik tumpukan balik kepada isu-isu rakyat apa sebenarnya orang Melaka nak.
“Jangan jadikan kancah yang berlaku di Melaka ini untuk merosakkan lagi tempat yang lain,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERPADUAN JADI WARISAN BERHARGA BUAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru menjadikan perpaduan dan keharmonian sebagai warisan paling berharga untuk ditinggalkan kepada generasi...
DR. AKMAL HADIRI MUKTAMAR PEMUDA PAS 3 SEPTEMBER
SERI NEGERI 24 Ogos - Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS di...
TUN DR. MOHD ALI SERU RAKYAT MELAKA PERBAHARUI ILTIZAM KEMERDEKAAN
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru memperbaharui iltizam untuk terus memelihara kemerdekaan yang diwarisi daripada generasi terdahulu, terutama...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...
AYUH BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Seluruh penjawat awam, jabatan, agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri dan kepimpinan Melaka diseru mengetepikan pendekatan...
MELAKA KECIL DI PETA, BESAR DI MATA DUNIA
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka mungkin kecil dari segi keluasan, namun kekuatan sektor pelancongan dan warisannya terus mengangkat nama...
