
Allahyarham Abdul Ghaafar umpama abang saya – Sulaiman
AYER KEROH 17 Nov – “Allahyarham (Datuk Abdul Ghafaar Atan) yang saya sudah anggap sebagai ‘abang’ banyak memberi tunjuk ajar kepada saya khususnya dalam dunia politik ketika di awal pembabitan saya sebagai wakil rakyat”.
Itu luahan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali selepas menerima khabar duka mengenai kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Abdul Ghafaar, sebentar tadi.
“Pemergian Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, bekas Exco Kerajaan Negeri Melaka serta penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan ini adalah satu kehilangan besar kepada kepemimpinan UMNO dan Barisan Nasional khususnya di Negeri Melaka.
“Sumbangan besar Allahyarham sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan selama dua penggal dari tahun 2013-2021, selain DUN Gadek 2004-2013 telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada negeri dan rakyat Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi.
Sulaiman turut berdoa semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Abdul Ghaafar dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
“Salam takziah sekali lagi kepada ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghafaar. Al-Fatihah,” ujarnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LANCAR PROGRAM TUNAS ZAID IBN THABIT, LAHIR GENERASI CELIK AL-QURAN
PENGKALAN BATU 16 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melancarkan Program Tunas Zaid Ibn Thabit bagi...
MELAKA MEMBACA LAHIR GENERASI MASA DEPAN BERILMU
AYER KEROH 16 Disember - Penganjuran Anugerah Melaka Membaca menjadi antara manifestasi komitmen Kerajaan Negeri dalam melahirkan generasi masa hadapan...
MPAG TAWAR DISKAUN, GALAK ORANG RAMAI JELASKAN KOMPAUN TERTUNGGAK
ALOR GAJAH 16 Disember - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) merekodkan sebanyak 12,030 kompaun tertunggak dengan nilai keseluruhan RM1.27 juta...
PBT MELAKA FOKUS JADIKAN MELAKA BERSIH, INDAH, CERIA SEPANJANG 2026
PAYA RUMPUT 16 Disember - Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) komited menjadikan Melaka sebuah negeri bersih, indah dan ceria sepanjang...
DAPAT ILHAM KETIKA PKP, JAMBU LOHAN SOLOK GAUNG KINI JADI REBUTAN
AYER MOLEK 16 Disember - Minat berbudi kepada tanah dan niat mahu membantu pihak pengurusan sebuah masjid menjana pendapatan mendorong...
KELAB LIONS SUMBANG PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KEPADA 80 SEKOLAH DI MELAKA
BUKIT BARU 16 Disember - Kelab Lions Negeri Melaka menyumbang pakaian seragam pengakap kepada 80 sekolah di negeri ini sebagai...
