
PN namakan Mas Ermieyati calon KM Melaka
KUALA LUMPUR 18 Nov – Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin diumum sebagai calon Ketua Menteri Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemilihan itu bakal menjadikan Mas Ermieyati wanita pertama dalam sejarah ditawarkan Ketua Menteri sekiranya PN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.
“Inilah saya kira pertama kali dalam sejarah negara seorang wanita berkelayakan tinggi, profesional, muda dan mempunyai banyak pengalaman ditawarkan sebagai calon KM.
“Tidak pernah ada, jadi terbukti PN sentiasa memberikan peluang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina baik lelaki atau wanita untuk memegang jawatan-jawatan penting,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya PN diberi mandat oleh rakyat Melaka, Mas Ermieyati perlulah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Kalau terpilih dia akan letak jawatan (Timb Menteri) dan perlu hantar surat kepada Perdana Menteri kerana beliau tidak boleh pegang dua jawatan di pusat dan negeri,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KPPA LUANG MASA TINJAU OPERASI PERKHIDMATAN FIRST AID STATION, ZON BEBAS KENDERAAN
BANDA HILIR 6 November - Perkhidmatan First Aid Station dan Zon Bebas Kenderaan, Banda Hilir dipilih sebagai lokasi lawatan Ketua...
MELAKA CATAT PELABURAN BAHARU RM2.2 BILION SETAKAT JUN
PENGKALAN BATU 6 November - Melaka mencatatkan pelaburan baharu berjumlah RM2.2 bilion setakat Jun 2025, sekali gus meletakkan negeri ini...
MELAKA BAKAL JADI TUMPUAN PEMINAT SEJARAH DUNIA
BANDA HILIR 6 November - Penemuan artifak dan rangka kapal purba di kawasan berhampiran Pulau Melaka atau dahulu dikenali sebagai...
KAWASAN EKSKAVASI PULAU MELAKA DIWARTA KAWASAN LARANGAN
BANDA HILIR 6 November - Tapak ekskavasi dan cari gali rangka kapal purba dan artifak di kawasan berhampiran Pulau Melaka...
PENEMUAN RANGKA KAPAL PURBA, ARTIFAK BAKAL BINA SEJARAH BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 6 November - Naratif sejarah baharu Melaka bakal dibina semula menerusi penemuan artifak-artifak dan rangka kapal purba dipercayai...
PESARA KERAJAAN BAKAL NIKMATI MANFAAT PELARASAN PENCEN JANUARI DEPAN
PENGKALAN BATU 6 November - Kira-kira 950,000 pesara kerajaan bakal memperoleh manfaat daripada hasil pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)...
