
Dira guna peluang perkenal diri saat akhir
JASIN 18 Nov – “Dalam saat-saat terakhir ini, apa yang penting kita gunakan peluang dan ruang yang ada untuk memperkenalkan diri sebagai calon”, kata Datuk Khaidhirah Abu Zahar.
Beliau yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan terus memastikan segala kemahuan masyarakat di DUN itu dapat direalisasikan di bawah kepimpinannya.
“Tiada pecutan dan kejutan terakhir, saya mahu meyakinkan rakyat untuk percaya dan undi saya, elakkan sebarang cara kempen yang tidak sihat.
“Apa yang penting ialah apa yang kita tawarkan kepada rakyat. Itu sepatutnya kita buat dalam saat terakhir ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama media di Cafe Markisa di sini, hari ini.
Katanya sebagai anak kampung kawasan Rim, sudah tentu beliau mahukan yang terbaik di kampung itu.
“Capaian internet di kampung ini juga perkara yang dah diajukan banyak kali…ini benda pertama saya akan isukan secepat mungkin.
“Saya tidak cukup tidur…ini banyak pengalaman menarik banyak benda saya belajar pentadbiran dalam parti bagaimana menguruskan pengundi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
