
‘Bossku’ dapat sambutan di Hang Tuah Jaya
PENGKALAN BATU 18 Nov – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan lawatan beramah-mesra bersama penduduk setempat di sekitar Hang Tuah Jaya, malam ini.
Kunjungannya bermula di kedai Nanas Shake Bachang kira-kira jam 9.30 malam dan disambut meriah penduduk kampung dan jemputan yang hadir.
Beliau sempat beramah-mesra bersama penduduk setempat selain mendengar luahan dan permasalahan yang dihadapi penduduk di kawasan tersebut.
Najib kemudiannya meneruskan lawatan ke destinasi berikutnya di Restoran Asri Rosmerah Bukit Beruang kira-kira jam 10 malam untuk menyantuni serta makan malam bersama orang ramai.
Sejurus itu beliau ke Dataran Mat Riau Bukit Baru diikuti Kedai Sate di Bukit Piatu sebelum ke lokasi terakhir di Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek.
Kehadiran beliau di kesemua lokasi ternyata disambut baik semua penduduk.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali; Calon Barisan Nasional (BN) DUN Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin dan Calon BN DUN Ayer Keroh, Yong Fuan Juan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
