
Ada kemungkinan varian Omicron lebih mudah menjangkiti berbanding Delta – Khairy
KUALA LUMPUR, 30 Nov – Jangkitan varian COVID-19 baharu B.1.1.529 yang kini dinamakan Omicron, mungkin lebih mudah menular berbanding varian Delta, namun setakat ini belum dipastikan sejauh mana ‘ganasnya’ (virulent) virus itu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
“Apa yang boleh kita lakukan setakat ini adalah meningkatkan intervensi kesihatan awam (pemakaian pelitup muka, penjarakan, jaga kebersihan), menambah baik pengaliran udara, jaga kesihatan tubuh badan dan ambil dos penggalak vaksin apabila ditawarkan,” katanya menerusi akaun twitternya hari ini.
Jumaat lepas Khairy mengumumkan bahawa rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk melawat tujuh negara yakni Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe susulan kemunculan varian baharu itu.
Menurutnya ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan meningkatkan langkah kawalan dan menjaga sempadan negara, berkuat kuasa esok.
Beliau berkata tiga negara yang melaporkan kes-kes berkaitan Omicron setakat ini ialah Afrika Selatan, Botswana dan Hong Kong. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MEDIA IBARAT ‘TEMBOK’ DI SEBALIK KEJAYAAN MELAKA
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Di sebalik pelbagai kejayaan dikecap Melaka sepanjang tiga tahun ini, berdirinya sosok pengamal-pengamal media yang...
PERAHU NAGA ‘GERGASI’ BAKAL PUKAU ORANG MELAKA
SERI NEGERI 13 Mac - Perahu naga terbesar sepanjang kira-kira 30.50 meter dari Shuang Rao, China bakal dipamerkan di Melaka...
57 DITANGKAP TAK PUASA DI MELAKA
BEMBAN 13 Mac – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) setakat ini merekodkan 141 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang Ramadan tahun...
BUANG SAMPAH: 85 TERMASUK REMAJA DI MELAKA BAKAL JALANI KHIDMAT MASYARAKAT
KLEBANG 13 Mac - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka telah mengenal pasti 85 individu di negeri...
TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-HAKEEM, TEHEL
BEMBAN 13 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Masjid Al-Hakeem, Tehel sempena...
POLIS MARIN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PATI KE MELAKA, LAPAN DITAHAN
TELOK MAS 13 Mac - Cubaan menyeludup masuk lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan laut tidak kesampaian selepas...
