Dira mahu perkasa persatuan belia

Masa Membaca:56 Saat

JASIN 30 Nov – Penubuhan Persatuan Kelab Belia sangat penting sebagai platform kepada belia untuk bergerak secara kumpulan dan mengadakan pelbagai aktiviti, kata Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim berhasrat untuk memperkasakan penubuhan persatuan itu bagi memudahkan pergerakan golongan belia di negeri ini.

“Saya hadir ke mesyuarat penubuhan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Taman Kelubi Damai. Sungguh ramai, penuh bertenaga dan tinggi dengan cita-cita.

“Saya lihat penubuhan Persatuan Kelab Belia sangat penting sebagai platform kepada belia untuk bergerak secara kumpulan dan mengadakan pelbagai aktiviti.

“Saya bertekad akan memperkasa pertubuhan-pertubuhan belia setempat agar pembangunan desa lebih berorientasikan anak muda dan suara mereka akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya baru-baru ini.

Khaidhirah turut berterima kasih kepada pemuda dan belia dari Sempang Kerayong kerana meluangkan masa bersamanya baru-baru ini dalam memberi input mengenai pembangunan belia di DUN Rim.

“InsyaAllah saya sebagai orang yang berkhidmat untuk DUN Rim akan membawa beberapa saranan dan idea ke pihak Kerajaan Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1007
Kongsi :
Previous post Kes Syed Saddiq dipindah ke Mahkamah Tinggi
Next post Ada kemungkinan varian Omicron lebih mudah menjangkiti berbanding Delta – Khairy
Ubah saiz-+=