
TYT terima serahan zakat perniagaan lebih 7 juta hari ini
SERI NEGERI 7 Dis – Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM7,463,108.03 daripada 16 agensi dan syarikat korporat hari ini.
Mohd Ali menerima serahan itu dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan yang diadakan di Dewan Seri Utama, Seri Negeri.

Hadir sama dalam majlis penyerahan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kamel Mohamad, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Abdul Aziz Engan dan lain-lain kenamaan.
Dalam majlis berkenaan, Lembaga Tabung Haji menyumbang zakat perniagaan tertinggi sebanyak RM3,321,501.26 diikuti Lembaga Juruukur Tanah Malaysia sebanyak RM1 juta.
Turut menyerahkan zakat perniagaan termasuk Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebanyak RM596,263.99 dan Kumpulan Fazil sebanyak RM500,199.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DARI ‘BANDAR MATI’ KE TRANSFORMASI AGENSI AGAMA, RAHMAD KONGSI PENGALAMAN TERAJUI 3 EXCO
AYER KEROH 25 Mei - Pengalaman memegang tiga portfolio Exco Kerajaan Negeri meninggalkan pelbagai kenangan manis, pahit dan cabaran sepanjang...
BANDA HILIR SEMAKIN ‘MENYALA’
BANDA HILIR 25 Mei - Kawasan pelancongan di Banda Hilir semakin berseri pada musim cuti sekolah ini dengan limpahan lampu...
30 LEMBU KORBAN DIAGIHKAN KE LOKASI TERPILIH SEKITAR PARLIMEN TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 25 Mei - Sebanyak 30 ekor lembu korban diagihkan ke masjid dan surau terpilih seluruh Parlimen Tangga Batu...
MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PELABURAN SEKTOR F&B
PAYA RUMPUT 25 Mei - Perkembangan industri makanan dan minuman (F&B) termasuk pembukaan lebih banyak restoran makanan segera di negeri...
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi terawal yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada kepada...
PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei – Kerajaan Negeri akan mempermudahkan urusan dan membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, mendapatkan kediaman baharu selepas...
