MBMB anjur kejohanan boling sempena MALA 2021

Masa Membaca:59 Saat

MELAKA 6 Dis – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Sosial Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai menganjurkan Kejohanan Boling Pihak Berkuasa Tempatan sempena Mesyuarat Agung MALA 2021 di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Perasmian kejohanan disempurnakan oleh Datuk Bandar MBMB yang juga Timbalan Presiden MALA, Datuk Zainal Abu dan turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Tuan Jusman Ibrahim, ahli-ahli Majlis PBT dan wakil PBT Se-Malaysia.

ZAINAL mempamerkan aksi dan skil bermain boling selepas menyempurnakan perasmian Kejohanan Boling Pihak Berkuasa Tempatan sempena Mesyuarat Agung MALA 2021 di Pulau Pinang baru-baru ini.

Kejohanan kali ini dianggap teramai dengan disertai 240 peserta dari 78 pasukan mewakili 35 PBT selain diiringi 50 pegawai.

Johan pertandingan itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, piala iringan dan pingat.

Kejohanan Boling Pihak Berkuasa Tempatan diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan ahli MALA yang terdiri dari pelbagai latar belakang skim perkhidmatan dan gred selain membuka ruang interaksi sesama mereka dan mendapatkan sumbangan amal bagi tujuan kebajikan ahli pada masa depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

891
Kongsi :
Previous post TYT terima serahan zakat perniagaan lebih 7 juta hari ini
Next post Kutipan zakat Melaka meningkat lebih 7 peratus
Ubah saiz-+=