Kutipan zakat Melaka meningkat lebih 7 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

SERI NEGERI 7 Dis – Kutipan zakat Melaka meningkat sebanyak 7.36 peratus dengan jumlah keseluruhan lebih RM85 juta dalam tempoh Januari hingga 6 Dis lalu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, jumlah kutipan zakat diterima Zakat Melaka itu bernilai RM85,562,314.55 dalam tempoh itu pada tahun ini berbanding RM79,697,415.91 dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan susulan bilangan pembayar zakat juga meningkat kepada 47,945 dalam tempoh sama pada tahun ini berbanding 45,515 tahun lalu.

“Kutipan zakat sehingga 6 Dis adalah berjumlah lebih RM85 juta iaitu peningkatan sebanyak RM5,864, 898.64 atau 7.36 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang berjumlah lebih RM79 juta.

“Jumlah peningkatan pembayar zakat juga meningkat 5.34 peratus atau peningkatan sebanyak 2,430 orang berbanding tempoh itu pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh agensi korporat di Dewan Seri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Ibrahim Fadzil.

SULAIMAN

Terdahulu, Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM7,463,108.03 daripada 16 agensi dan syarikat korporat di Dewan Seri Utama, pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam (MAIM) berkata zakat perniagaan merekodkan jumlah kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM50,388,815.76 atau 62.58 peratus.

“Ia diikuti dengan zakat wang simpanan dengan jumlah kutipan sebanyak 15,701,800.74 dan zakat emas perak merekodkan jumlah kutipan sebanyak RM998,253.55.

“Manakala kutipan zakat paling rendah adalah zakat pertanian berjumlah RM57,929.63 atau peningkatan sebanyak 0.07 peratus berbanding tahun lalu dengan kutipan sebanyak RM34,825.55.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1451
Kongsi :
Previous post MBMB anjur kejohanan boling sempena MALA 2021
Next post MPAG tidak kembalikan deposit RM140,000 parti politik
Ubah saiz-+=