
Penduduk di Kajang, Salak Tinggi dinasihat berpindah
SELANGOR 18 Dis – Penduduk yang tinggal di kawasan rendah sekitar Kajang dan Salak Tinggi dinasihatkan bersedia mengosongkan kediaman berikutan kenaikan paras air di kawasan itu.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya pada masa ini sedang menjalankan kerja-kerja pemindahan.
“Banyak kawasan di Selangor berdepan hujan lebat sejak 4 petang semalam.
“Jadi, kita meminta orang ramai bersedia untuk berpindah dan membawa dokumen penting bersama mereka,” katanya seperti dipetik The Star.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan dua warga asing lemas ketika mandi-manda di Pantai Telok Kemang, Port Dickson pada jam 1 tengah hari tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HEBAT: CAKNA PERMASALAHAN RAKYAT SECARA MENYELURUH
SERI NEGERI 5 Februari - Pendekatan Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) Siri 1/2026 menjadi...
MENARA TAMING SARI LEBIH SELAMAT, SELESA
SERI NEGERI 5 Februari - Menara Taming Sari terus komited memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung menerusi kerja naik taraf fasiliti...
TOK AJAK AGIH 3,000 KAMPIT BERAS UNTUK WARGA TELOK MAS
TELOK MAS 5 Februari - Lebih 3,000 kampit beras 5 kilogram (kg) akan diagihkan kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN)...
HEBAT TONJOL KOMITMEN TINGGI PBT MELAKA SELESAI ISU RAKYAT
SERI NEGERI 5 Februari - Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) antara bukti komitmen pelbagai...
YB HELMY AKUI RAMAI MOHON PINDAH DUYONG
SERI NEGERI 4 Februari - Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mengakui menerima banyak permintaan daripada orang ramai untuk berpindah...
MELAKA PERKASA ‘RAKYAT DIGITAL’ DI KAWASAN LUAR BANDAR
SERI NEGERI 4 Februari - Program Rakyat Digital Melaka akan terus diperkasakan dengan tumpuan diberikan kepada masyarakat di kawasan luar...
