
MAIM sedia khidmat lupus Al-Quran akibat banjir
BUKIT PALAH 28 Dis- Majlis Agama Islama (MAIM) sedia menerima Al-Quran yang rosak untuk dilupuskan akibat banjir di sekitar Melaka minggu lalu.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Md Rawi Mahmud berkata, usaha itu dilaksanakan bertujuan memelihara kesucian Al-Quran dan kemuliaan bahan-bahan penerbitan mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran.
Justeru katanya, Al-Quran yang rosak susulan banjir di sekitar Melaka baru-baru ini boleh di hantar ke Bilik Gerakan Pasca Banjir Agensi Agama Islam Melaka di Sekolah Rendah Agama (SRA) Telok Berembang kariah Lubok China sebelum 5 Jan 2022.
“MAIM bersama JAIM menyediakan kemudahan mengumpul dan melupuskan naskah Al-Quran serta bahan-bahan penerbitan mengandungi ayat Al-Quran yang rosak akibat banjir di Melaka.
“Perkhidmatan ini dilaksanakan mengikut garis panduan pembuatan, pengendalian, penjualan dan pelupusan bahan-bahan serta perhiasan yang mengandungi ayat suci Al-Quran,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Untuk sebarang kenyataan boleh menghubungi bilik gerakan terbabit di talian 011-56937614
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
