
Banjir: Nilai semula projek pembangunan baharu – KM
SERI NEGERI 6 Jan- Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengarahkan semua projek pembangunan baharu di negeri ini dinilai semula dengan mengambil kira risiko banjir.
Beliau berkata, penilaian itu perlu mengambil kira lokasi geografi muka bumi tempat yang rendah atau ‘wetland’ bagi tujuan pembangunan.

Katanya, pemaju dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi berkaitan juga perlu mengambil kira aspek menyeluruh seperti sistem perparitan dan kolam takungan air.
“Penilaian dan kajian perlu dibuat sahaja di kawasan pembangunan yang dibina malah perlu juga meliputi kawasan lain dengan mengambil kira (faktor) pembeli dan penyewa tidak berdepan risiko merugikan mereka.
“Faktor taburan hujan juga perlu diambil kira, ini disebabkan cuaca tidak menentu, dahulu taburan hujan diterima sekitar 60 hingga 70 mililiter (ml) tetapi di Melaka kini hujan antara 170 hingga 200 ml,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Post Exco di Bilik Bijasura di pejabatnya di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ TINGKATKAN STANDARD KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN
JASIN 25 Mei - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meningkat standard aspek kebersihan dan kesihatan awam melibatkan premis makanan dalam kawasan...
LEGENDA ROTI KOK 90 TAHUN, RENTAS EMPAT GENERASI
MACHAP JAYA 25 Mei - Setiap gigitan rangup mampu menghidupkan kembali kehangatan nostalgia zaman dahulu. Aroma yang dibakar sempurna dapat...
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH
BANDA HILIR 24 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong apabila kadar tempahan hotel dilaporkan mencecah lebih 95 peratus...
BISKUT TONGKAT BUKIT BULAT LAIN DARIPADA YANG LAIN
MACHAP JAYA 24 Mei - Rasanya yang lebih rangup dan tidak perlu mengambil masa lama untuk lembut apabila dicicah dengan...
