
PTPTN tawar hadiah lumayan hampir RM100,000
KUALA LUMPUR, 16 Jan- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah lumayan hampir RM100,000 kepada semua pendeposit Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN), melalui kempen Gong Xi Ang Pow 2022.
Menurut PTPTN dalam satu kenyataan hari ini, penganjuran kempen bermula hari ini sehingga 15 Feb itu adalah sempena sambutan Tahun Baharu Cina, selain sebagai penghargaan kepada pendeposit yang setia memilih simpanan SSPN.
Bertemakan ‘Gong Xi Simpan, Kongsi Ong! Hari-Hari Mesti Mau Simpan Tau!’ seramai lapan pemenang bagi setiap negeri akan dipilih bagi memenangi antara lain televisyen pintar, periuk tekanan tinggi dan basikal lipat, selain hadiah sagu hati berupa angpau bernilai RM388.
Menurut PTPTN, pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50 dalam tempoh kempen dan akan layak mendapat satu cabutan secara automatik untuk menyertai kempen ini.
Dalam pada itu, pendeposit juga akan menikmati pelbagai keistimewaan Simpan SSPN yang disediakan, seperti pemberian dividen yang kompetitif, perlindungan takaful dan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.
Maklumat lanjut mengenai kempen Gong Xi Ang Pow 2022, pembukaan akaun Simpan SSPN dan penambahan simpanan boleh dilayari melalui portal www.lovesspn.com. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
MINAT BERTANI BAWA ‘MAMA’ KE KURSUS BAJA ORGANIK
AYER LIMAU 10 September - Hobi bercucuk tanam di kebun kecil berhampiran rumah bukan sekadar mengisi masa lapang buat Jamilah...
MASJID BAHARU BAKAL PERMUDAH URUSAN IBADAH PENDUDUK BERTAM
PAYA RUMPUT 10 September – Pembinaan masjid kariah baharu di Taman Desa Bertam membawa khabar gembira buat penduduk setempat apabila...
HADIAH LUMAYAN UNTUK PEMINJAM TAPEM KONSISTEN LUNAS PINJAMAN
AYER LIMAU 10 September - Peminjam Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) yang konsisten melunaskan bayaran pinjaman berpeluang membawa pulang...
‘TOK RAUF MASIH KENAL AYAH’
AYER LIMAU 10 September - Perbualan ringkas mengenai bapanya yang pernah berkhidmat di jabatan kesihatan bertukar menjadi detik tidak disangka...
