Kelab gabungan perlu proaktif bangunkan bakat bola sepak

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 16 Jan – Kelab gabungan bola sepak disaran lebih proaktif untuk bersama dengan Persatuan Bolesepak Melaka United (MUSA) bagi memacu hala tuju sukan berkenaan ke arah hala tuju lebih baik.

Presiden MUSA, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, perkara tersebut penting bagi memastikan bakat-bakat bola sepak di Melaka mampu diketengahkan pada masa akan datang.

“Kelab-kelab gabungan perlu lebih proaktif bersama persatuan untuk membangunkan pelbagai program-program pembangunan bakat bola sepak ke peringkat akar umbi.

“Perkara ini dapat memastikan kesinambungan bola sepak dapat diketengahkan di negeri dan negara ini pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan pembukaannya dalam Kongres MUSA ke-66 diadakan di Hotel MITC, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Exco Sukan, VP Shanmugam dan Ketua Pegawai Eksekutif KenTeam, Justin Lim.

PERWAKILAN yang hadir pada Kongres Tahunan Kali Ke-66 Persatuan Bola Sepak Melaka di Hotel MITC, Ayer Keroh. Foto: MR.Azli

Kongres yang diadakan itu, dihadiri daripada 98 wakil kelab gabungan telah membincangkan hala tuju MUSA dalam sukan berkenaan.

Pada masa sama, Sulaiman memberikan penghargaan kepada kesemua gabungan kelab yang sentiasa bekerjasama bersama persatuan itu demi melestarikan pembangunan sukan itu.

“Pada kesempatan ini, saya juga mengucapkan terima kasih kepada kepada wakil-wakil daripada 98 buah kelab gabungan yang hadir pada kongres MUSA kali ini.

“Sekalung penghargaan juga diucapkan di atas sokongan semua pihak untuk saya terus menerajui Persatuan Bolasepak Melaka selaku Presiden,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1006
Kongsi :
Previous post Tiada bukti kesihatan awam Omicron mampu bina imuniti kelompok terhadap COVID-19
Next post PTPTN tawar hadiah lumayan hampir RM100,000
Ubah saiz-+=