
Polis siasat video tular di taman tema air
IPOH, 31 Jan – Polis sedang menyiasat beberapa video yang memaparkan aktiviti riadah sekumpulan pengunjung di sebuah taman tema air di sini, yang disebarkan di media sosial dan mendapat perhatian masyarakat umum kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa Keempat.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata semakan dengan pihak pengurusan taman tema air itu mendapati, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1 tengah hari hingga 6 petang, Sabtu lepas.
“Menurut pihak pengurusan taman tema air, kapasiti kolam boleh memuatkan seramai 500 orang pada sesuatu masa, dan semasa kejadian kapasiti tidak sampai 50 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pihak polis sedang meneliti fakta-fakta pelanggaran SOP dan individu terlibat, untuk dikenal pasti sama ada terdapat sebarang ketidakpatuhan SOP oleh mana-mana pihak dalam kejadian itu.
Sehubungan itu, katanya orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi mengenai video-video tersebut yang boleh menjejaskan enkuiri pihak polis.
Beberapa rakaman video yang tular itu menunjukkan kumpulan pengunjung yang ramai sedang mandi manda dalam kolam, sambil menari diiringi muzik yang dimainkan dengan kuat.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
MELAKA TAK LOKEK DEMI MEMPERKASA SEKTOR PENDIDIKAN
TANJUNG BIDARA 15 Mei - Akses pendidikan untuk anak Melaka bermula dari tadika, sekolah rendah dan menengah, seterusnya menara grading...
NALURI JURURAWAT MEMANG SENTIASA MAHU MEMBANTU
LENDU 16 Mei - Menerima penghargaan disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, dianggap sebagai penyuntik...
SEPETANG WARISAN SANTAI @ BANDA HILIR HIDUPKAN SUKAN RAKYAT
BANDA HILIR 15 Mei - Kawasan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional...
MINDEF TINGKAT PERUNTUKAN WBL ATM KEPADA HAMPIR RM10 JUTA, SASAR 1,500 ANGGOTA
SUNGAI UDANG 15 Mei – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperluaskan pelaksanaan Program Work-Based Learning (WBL) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun ini...
