
Calon PN untuk PRN Johor diumum Khamis
PUTRAJAYA, 22 Feb – Senarai calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan di Johor pada Khamis ini, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Pembahagian kerusi untuk PRN dah selesai antara parti-parti dalam PN. Kita dalam peringkat akhir tapisan,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di sini hari ini.
PN dianggotai Bersatu, PAS dan Gerakan.
Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata PN akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
SPR telah menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi PRN Johor dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Feb dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPAG HIDUPKAN RAMADAN, KONGSI KEGEMBIRAAN SEMPENA SYAWAL
TABOH NANING 16 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengatur pelbagai aktiviti berunsurkan kebajikan bertujuan menyuntik keceriaan dan berkongsi...
MAIM, PUSPEN TIANG DUA BANGUNKAN PROJEK TERNAKAN ARNAB
AYER MOLEK 16 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tiang Dua menjalin kerjasama...
MASALAH HAID TIDAK TERATUR – NORMAL ATAU TANDA PENYAKIT?
Oleh: Dr. Norhayati Bt. Awan Pakar Sakit Puan & Perbidanan Oriental Melaka Straits Medical Centre SETIAP wanita mempunyai pengalaman haid...
SAYANG RAKYAT, INILAH MELAKA!
SERI NEGERI 16 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
3,600 BERAS MELAKA DIPASARKAN UNTUK SUKU PERTAMA 2026
MERLIMAU 16 Mac - Sebanyak 3,600 kampit Beras Melaka disasarkan dapat dipasarkan bagi suku pertama tahun ini bagi menampung permintaan...
GAGASAN ‘MESRA’ BAWA SINAR KECERIAAN BUAT PENJAWAT AWAM MELAKA
SERI NEGERI 16 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus dizahirkan pada Ramadan dan Syawal tahun ini menerusi penyampaian...
