
Kerajaan seru majikan tawar gaji minimum kepada pekerja – Saravanan
KUALA LUMPUR, 22 Feb – Kerajaan menyeru lebih ramai majikan menawarkan gaji pekerja pada kadar melebihi gaji minimum sedia ada, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata pendekatan syarikat AEON Co (M) Bhd dan Westports Holdings yang baru-baru ini telah menawarkan gaji pada kadar RM1,500 kepada pekerja mereka wajar dijadikan contoh.
Saravanan berkata walaupun semakan kasar terhadap gaji minimum ini belum diputuskan dan dimuktamadkan oleh kerajaan, terdapat majikan yang telah mula membayar gaji minimum pada kadar RM1,500.
“Kedua-dua majikan (AEON dan Westports Holdings) ini telah menunjukkan contoh baik yang mana mereka prihatin dengan permasalahan pekerja walaupun dengan keadaan ekonomi masih terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata kerajaan sedang melaksanakan sesi libat urus dengan majikan berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi membolehkan ia dilaksanakan secara holistik. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI RAI 50 ANAK YATIM DUN RIM SEMPENA HARI ASYURA
RIM 26 Jun - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari...
MAIM SEMAI KASIH SAYANG KEPADA ANAK YATIM RAYSAS SEMPENA HARI ASYURA
PANTAI KUNDOR 26 Jun - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada anak yatim bersempena Hari...
213 ANAK YATIM PARLIMEN ALOR GAJAH DIRAIKAN SEMPENA HARI ASYURA
REMBIA 26 Jun - Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah 213 anak-anak yatim yang diraikan pada Majlis Menyantuni Anak-Anak Yatim...
7 DEKAD, KELAB BELL BELIA TAMIL TERUS BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT
AYER KEROH 26 Jun - Program Derma Darah 2026 anjuran bersama Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia dan Majlis Kelab...
WRUR RIM: MPJ PRIHATIN BAIK PULIH LIMA RUMAH UZUR
RIM 26 Jun - Sebanyak lima rumah uzur telah dinaik taraf dan dibaik pulih Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dengan kos...
SEMANGAT HIJRAH PEMANGKIN BUDAYA KERJA WARGA CMI
AYER KEROH 26 Jun - Semangat hijrah bukan sekadar mengimbau perjalanan agung Rasulullah SAW, sebaliknya menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya...
