MANGSA POKOK TUMBANG DAPAT PERHATIAN ACIK ZUL

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

TABOH NANING 4 Oktober – Kejadian pokok tumbang menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan sebuah kediaman di Kampung Taboh Naning, di sini, semalam mendapat perhatian calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N05 Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Zulkiflee meluahkan rasa syukur kerana penghuni kediaman tidak mengalami sebarang kecederaan dan kejadian hanya menyebabkan kerosakan pada struktur depan kediaman.

“Sejurus mendapat berita berhubung kejadian ini saya bergegas ke lokasi, saya meluangkan masa untuk menyantuni mangsa. Semoga keluarga ini terus tabah menghadapi ujian dan segala urusan mereka dipermudahkan Allah SWT.

“Saya berharap agensi yang berkenaan dapat segera tampil bagi membantu keluarga ini khususnya melibatkan aspek keselamatan dan kebajikan,” katanya.

Calon nombor dua kerusi DUN Taboh Naning ini berkata, kehadiran beliau bukan sekadar untuk melihat kejadian tetapi berusaha mencari jalan membantu mangsa terlibat.

Bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 Zulkiflee yang mewakili Barisan Nasional (BN) diberi kepercayaan mempertahankan kerusi itu yang dimenanginya pada pilihan raya 2021.

Dalam saingan tiga penjuru itu Zulkiflee menang majoriti 1,825 undi selepas memperoleh 3,170 undi mengatasi Hashim bin Mohamad / Abu Hashim bin Abdul Samad (PN – PAS) (1,345 undi) dan Zairi bin Suboh (PH – AMANAH) (1,024 undi)

Sementara itu bagi PRN Melaka Ke-16 N05 Taboh Naning merekodkan seramai 11,299 pemilih yang berdaftar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

441
Kongsi :
Previous post MAIM RAI KEJAYAAN GRADUAN ANAK MELAKA DI MESIR
Next post UNIMEL LAKSANA TIGA INISIATIF STRATEGIK TINGKAT KUALITI PENDIDIKAN ANAK MELAKA