KEMENTERIAN PERTAHANAN LAKSANA 28 PROJEK JIWA MURNI DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

TELOK MAS 4 November – Kementerian Pertahanan melaksanakan sebanyak 28 projek menerusi Program Jiwa Murni (PJM) MADANI di Melaka dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.13 juta.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kesemua projek berkenaan adalah sebahagian daripada 73 projek PJM yang dirancang di seluruh negara.

“Di Melaka, terdapat 28 projek menerusi Program Jiwa Murni MADANI masing-masing membabitkan 11 di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah, manakala enam lagi di Jasin.

“Daripada keseluruhan 73 projek terbabit sebanyak 15 sudah siap dilaksana termasuk tiga di Telok Mas. Sementara itu lima projek sedang dilaksanakan manakala lapan lagi akan dilaksanakan” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Jiwa Murni MADANI Kementerian Pertahanan – Penyerahan Projek Di Telok Mas, di Balai Raya Tanjung Nibong, di sini, hari ini.

Hadir sama, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal.

Menurut Mohamed Khaled, projek itu dilaksanakan menerusi pendekatan gotong-royong atau konsep kerjasama awam-tentera (CIMIC) dengan penglibatan komuniti setempat bagi memastikan kemudahan yang disediakan memenuhi keperluan penduduk.

“Semua ini menunjukkan bahawa pendekatan yang diambil mencapai matlamat. Bagi meneruskan program ini kementerian turut menerima peruntukan RM3 juta daripada Kementerian Kewangan bagi pelaksanaan projek menerusi inisiatif ini pada tahun hadapan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

180
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: DARI DUNIA KESIHATAN KE DUNIA RAKYAT, LANGKAH BAHARU RIDZUAN DI BUKIT KATIL
Next post PRN MELAKA: PESANAN ‘ORANG LAMA’ BUAT YB HELMY