PRN MELAKA: GAGASAN MELAKA SAYANG RAKYAT BUKAN RETORIK DI PANTAI KUNDOR

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PANTAI KUNDOR 4 November – Gagasan ‘Melaka Sayang Rakyat’ (MeSRa) bukan sekadar slogan, sebaliknya diterjemahkan menerusi penyaluran pelbagai bantuan kebajikan kepada golongan memerlukan, termasuk warga emas dan pesakit kronik.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim berkata, hasil daripada maklum balas penduduk yang diziarahinya membuktikan inisiatif itu benar-benar memberikan impak kepada rakyat Melaka.

Katanya, ramai yang merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri yang sentiasa hadir membantu pada saat mereka diuji dengan masalah termasuk melibatkan aspek kesihatan.

“Jika ada rakyat yang sakit, kita tidak menunggu lama untuk menyalurkan bantuan sewajarnya sebelum ini dan alhamdulillah boleh dikatakan rata-ratanya telah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mengadakan Program Ziarah Kasih Bersama Rakan Komponen PAS di Kampung Pengkalan Lanjut, di sini, hari ini.

Program berkenaan turut disertai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS DUN Pantai Kundor, Ramlan Amad serta jentera BN dan PAS.

Mengulas lanjut, Tuminah berkata, program ziarah berkenaan turut mendapat maklum balas positif daripada penduduk yang diziarahi.

Menurutnya, sambutan baik serta penghargaan yang dizahirkan penduduk menjadi dorongan kepada jentera parti untuk terus mendekati masyarakat dan memberi perhatian terhadap keperluan golongan yang memerlukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

264
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: CUACA PANAS TIDAK HALANG YB ALONG SANTUNI PENGUNDI ASAHAN
Next post PRN MELAKA: ‘BIRUKAN PANTAI KUNDOR’, PAS ZAHIR SOKONGAN BUAT TUMINAH