
Lawatan PM Ismail Sabri, peluang Malaysia – Thailand perkukuh kerjasama dua hala
BANGKOK, 22 Feb – Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh kerjasama dua hala pasca COVID-19.
Dalam satu kenyataan, Jurucakap Kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha dan Ismail Sabri akan mengadakan mesyuarat dua hala di Rumah Kerajaan pada Jumaat.
“Lawatan itu juga memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin membincangkan cara untuk memperkukuh lagi kerjasama dua hala, khususnya untuk merancakkan semula ekonomi kedua-dua negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
“Kedua-dua pemimpim turut akan bertukar-tukar pandangan mengenai pengukuhan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama, seperti keselamatan, perkongsian ekonomi dan kesalinghubungan di sepanjang sempadan, serta kerjasama dalam ASEAN dan kerangka kerja pelbagai hala yang lain,” katanya.
Thanakorn berkata kunjungan itu adalah lawatan pengenalan Ismail Sabri selaras dengan tradisi ASEAN bagi pemimpin baharu yang memegang jawatan.
Lawatan tiga hari itu, adalah yang pertama sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri Ogos lalu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WIFI PERCUMA DI SEMUA KAMPUG ORANG ASLI
MACHAP JAYA 23 Ogos - Semua perkampungan masyarakat Orang Asli di negeri ini bakal menerima kemudahan WiFi percuma selaras usaha...
TOK RAUF AGIH KUIH DARI MEJA KE MEJA, SANTUNI MASYARAKAT CINA MACHAP BARU
MACHAP JAYA 23 Ogos - Gelagat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mengagihkan kuih dari meja ke...
PEMBANGUNAN DUN MACHAP JAYA FOKUS KEPADA KESELESAAN RAKYAT
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus diperkasa menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur,...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT, TAK TUNGGU RAKYAT CARI YB
MACHAP JAYA 23 Ogos - Atas dasar memikul amanah dan kepercayaan diberikan pada pilihan raya yang lalu, Ketua Menteri Datuk...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN, KEGIGIHAN AH SEM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem yang terus menjalankan...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BAWA BERITA BAIK UNTUK DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 23 Ogos - Lebih 15 bentuk sumbangan dan inisiatif dibawa pada siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan...
