
Dua pekerja cemas gondola melayang di udara
AYER KEROH 23 Feb – Dua pekerja menempuh detik cemas apabila gondola di Menara TS Law, Jalan Kemuning, Kuala Lumpur, bergoyang dan berbuai-buai di udara akibat tiupan angin kencang petang semalam.
Menerusi video berdurasi satu minit enam saat yang tular di media sosial gondola berkenaan beberapa kali melanggar binaan pencakar langit berkenaan menyebabkan cermin pecah.
“Bahaya tu, bahaya tu, lagi kuat. Call (telefon) bomba, call bomba. Allahuakbar, Allahuakbar,” itu antara suara orang awam yang cemas ketika menyaksikan kejadian terbabit.
Namun dua pekerja dipercayai berada diatas gondola berkenaan berjaya menyelamatkan diri dengan memanjat keluar selepas mesin berkenaan tersangkut pada bahagian sisi bangunan berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AR-RAHNU X’CHANGE TEROKA PASARAN MELAKA
PAYA RUMPUT 6 Oktober - Potensi pasaran di Melaka mendorong Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS) memilih negeri ini sebagai...
PERKEMBANGAN EKONOMI NEGERI TARIK AR-RAHNU X’CHANGE BERTAPAK DI MELAKA
PAYA RUMPUT 6 Oktober - Melaka menjadi negeri pertama di luar Lembah Klang yang dipilih Rakyat Management Services Sdn. Bhd....
AB RAUF MAHU INSTITUSI KEWANGAN BANTU USAHAWAN MELAKA BERKEMBANG
PAYA RUMPUT 6 Oktober - Institusi kewangan di Melaka diminta mengenal pasti keperluan sebenar usahawan sebelum menyediakan kemudahan pembiayaan bagi...
‘ORANG MELAKA SEMUA SABAU DULU, TUNGGU PENGUMUMAN SPR ESOK’ – AB RAUF
PAYA RUMPUT 6 Oktober - Semua rakyat Melaka diminta bersabar menunggu maklumat lanjut daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung tarikh penting...
6 MODUL PENDIDIKAN UBAH NASIB ANAK DUN AYER LIMAU
AYER LIMAU 6 Oktober - Enam modul pendidikan diperkenalkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau sejak tiga tahun lalu...
2,521 PENJAJA NIKMATI PENGURANGAN 50 PERATUS LESEN MBMB
AYER KEROH 6 Oktober - Seramai 2,521 penjaja dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menikmati pengurangan bayaran sebanyak...
