
RM30,000 lebur, penuntut universiti ditipu ‘pegawai LHDN’
SEREMBAN, 23 Feb – Seorang penuntut universiti mendakwa mengalami kerugian lebih RM30,000 kerana ditipu individu menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam kejadian di Rompin dekat sini, tiga hari lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian kira-kira pada 1.13 petang, lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai menerima panggilan menyatakan dia mempunyai tunggakan bagi syarikat yang didaftar atas namanya sedangkan tidak mempunyai sebarang syarikat.
“Pegawai tersebut meminta mangsa memberikan nombor akaun bertujuan menyekat akaun bank untuk siasatan, mangsa yang terpedaya telah mengikut arahan individu itu dan menyerahkan nombor akaunnya.
“Bagaimanapun, mangsa berasa curiga dan selepas menyemak akaunnya dia mendapati ada transaksi pengeluaran wang daripada akaun miliknya ke dua akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM32,450,” katanya dalam kenyataan di sini hari inI.
Beliau berkata mangsa yang merasa diperdaya kemudiannya membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR PARLIMEN ALOR GAJAH TARIK 14,000 PENYERTAAN, 700 ADUAN SELESAI
MACHAP JAYA 26 April – Sokongan luar biasa warga Parlimen Alor Gajah terhadap Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) membuktikan...
‘SMART BIN SOLAR’ MBMB SELARI AGENDA PEMBANGUNAN BANDAR PINTAR – KPKT
BANDARAYA MELAKA 25 April - Inisiatif mewujudkan tong sampah pintar berkuasa solar atau ‘Solar-Powered Smart Bin’ yang diperkenalkan Majlis Bandaraya...
PINGAT PANGLIMA AWANG IKTIRAF PELAJAR CEMERLANG AKADEMI LAUT
KUALA LINGGI 25 April - Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan Pingat Panglima Awang bagi mengiktiraf graduan Akademi Laut Malaysia (ALAM)...
MELAKA RUMAHKU BINA, BAIK PULIH 136 RUMAH RAKYAT MEMERLUKAN
TANJUNG BIDARA 25 April - Sejak diperkenalkan pada 2023, Program Melaka Rumahku (PMR) telah meluluskan sebanyak 136 projek bina baharu...
MELAKA TUBUH ‘TASK FORCE’ KESELAMATAN AIR
TANJUNG BIDARA 25 April - Kerajaan Negeri terus bertindak proaktif menjaga kelestarian sumber dan bekalan air negeri dengan menubuhkan Task...
AKADEMI LAUT MALAYSIA DINAIK TARAF KEPADA KOLEJ UNIVERSITI TAHUN INI
KUALA LINGGI 25 April - Selepas lebih empat dekad Akademi Laut Malaysia (ALAM) akan dinaik taraf kepada kolej universiti, kata...

