
Beri suapan RM2 juta kepada pegawai, kakitangan KTMB, pengarah syarikat direman tujuh hari
KUALA LUMPUR, 23 Feb – Seorang pengarah syarikat direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memberi suapan sebanyak RM2 juta kepada pegawai dan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada 2016 dan 2017.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif di Mahkamah Majistret di sini selepas permohonan reman itu dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 63 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 3.10 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.
Lelaki itu dipercayai memberi suapan kepada pegawai dan kakitangan KTMB sebagai dorongan membantu syarikatnya mendapatkan kerja-kerja pembinaan jalan kereta api serta pembangunan pelabuhan di Wilayah Songkhla, Thailand.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap yang mengesahkan tangkapan itu, turut memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LIMA PASANGAN MUALAF MELAKA SELAMAT DIIJABKABULKAN
KESIDANG 12 Julai - Seramai lima pasangan dalam kalangan 'saudara baharu' selamat diijabkabulkan pada Program Pernikahan dan Walimatul Urus Mualaf...
BERITA GEMBIRA BUAT PESAWAH DUN KLEBANG
KLEBANG 12 Julai - Pesawah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang yang sebelum ini berdepan masalah kekurangan air bagi...
WRUR DUYONG BAWA PENDEKATAN BAHARU
DUYONG 12 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong yang bermula esok hingga 26...
PAKEJ ‘SUNSET CRUISE’ TAWAR SUASANA ROMANTIK DAN SANTAI
BANDARAYA MELAKA 12 Julai - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperkenalkan dua pakej pelayaran 'Sunset Cruise' sempena Hari...
MELAKA PERKUKUH KOMITMEN TERAJUI TRANSFORMASI BANDAR
BANDARAYA MELAKA 12 Julai - Kerajaan Negeri komited memacu transformasi bandar secara inklusif dan mampan menerusi Program Vibrant Melaka Conference...
MBMB PERKENAL TEMPAHAN BECA DALAM TALIAN MELALUI I-TRAFFIC
BANDARAYA MELAKA 12 Julai - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperkenalkan ciri tempahan beca secara dalam talian bagi kemudahan penduduk...