
Gangguan bekalan elektrik di Terengganu ambil masa untuk dipulihkan – TNB
KUALA TERENGGANU, 27 Feb – Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa lokasi di Terengganu akibat hujan lebat dan ribut dijangka mengambil masa yang agak lama untuk dipulihkan.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan memaklumkan tempoh masa yang panjang diperlukan kerana banyak pokok tumbang dan menghempap tiang serta talian TNB.
Antara kawasan yang terjejas ialah di Kuala Berang di Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Setiu.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana-mana pepasangan elektrik yang rosak.
“Pasukan teknikal berusaha untuk memulihkan bekalan termasuk mengutamakan keselamatan semua pihak semasa kerja-kerja pemulihan bekalan,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKHIDMATAN ‘MELAKA RIVER CRUISE’ DI JETI MELAKA SENTRAL TIDAK LAMA LAGI
DUYONG 26 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang untuk memulakan operasi Melaka River Cruise (MRC) dari...
LPM DEVELOPMENT, PERTAM BANGUNKAN RUMAH TERES 2 TINGKAT DI BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 25 Disember - Lembaga Perumahan Melaka (LPM) menerusi anak syarikatnya LPM Development Sdn Bhd memeterai perjanjian usahasama dengan...
POLIS BUKA KERTAS SIASATAN ISU PEMALSUAN DOKUMEN PEMAIN WARISAN HARIMAU MALAYA
KUALA LUMPUR 25 Disember - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tujuh...
MPJ BAIK PULIH 35 RUMAH, EMPAT DIBINA BAHARU SEPANJANG 2025
JASIN 25 Disember – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) telah melaksanakan 35 pembaikan rumah dan...
RIVER CRUISE SUNGAI RAMBAI DILANCAR TAHUN HADAPAN
DUYONG 25 Disember – Melaka bakal menampilkan satu lagi produk pelancongan baharu iaitu River Cruise Sungai Rambai yang dijangka dilancarkan...
RUMAH ADAT PERPATIH NEGERI MELAKA JENAMA BAHARU MUZIUM NANING
TABOH NANING 25 Disember – Muzium Sejarah dan Warisan Naning kini dijenamakan semula sebagai Rumah Adat Perpatih Negeri Melaka berkuat...
