
Ibu Pejabat MetMalaysia ditutup sejak pagi kerana gangguan teknikal
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) — Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ditutup sejak pukul 10 pagi tadi disebabkan oleh gangguan teknikal di bilik server.
“Susulan kepada gangguan teknikal di bilik server ini, capaian awam terhadap laman web iaitu www.met.gov.my dan mygempa.met.gov.my serta aplikasi myCuaca adalah tergendala, sehingga diberitahu kelak,” menurut MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook rasminya.
“Justeru, hebahan maklumat terkini mengenai cuaca akan dimaklumkan melalui laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter,” menurut kenyataan itu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah berada ibu pejabat MetMalaysia bagi mengenal pasti punca gangguan teknikal itu, dan laporan lanjut punca kejadian akan dimaklumkan kelak.
Menurut kenyataan itu demi memastikan kelangsungan perkhidmatan MetMalaysia, Pasukan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) sedang berusaha menangani krisis berkenaan agar semua perkhidmatan dapat berfungsi seperti sediakala dengan secepat mungkin.
Menurutnya perkembangan lanjut mengenai perkara in akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Pusat Komunikasi Krisis yang telah diwujudkan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JEJAK TINGGALAN SEJARAH LESONG BATU
MACHAP JAYA 4 Mei - Sebuah peninggalan lama yang masih kekal berdiri di Kampung Ulu Melaka Pindah terus menjadi perhatian...
ASAHAN PERNAH ADA ‘LAPANGAN TERBANG’?
ASAHAN 4 Mei - Siapa sangka di sebalik sebuah kampung yang terletak di hujung Melaka terdapatnya sebuah kawasan yang dahulunya...
WRUR AYER MOLEK: PERPUSTAKAAN KOMUNITI SRI KANDANG PERKASA BUDAYA MEMBACA
AYER MOLEK 4 Mei - Kewujudan sebuah perpustakaan komuniti di Taman Sri Kandang bakal memperkasa budaya membaca dan seterusnya melahirkan...
‘MASJID TUA’ MACHAP SAKSI BISU SEJARAH, PERPADUAN
MACHAP JAYA 4 Mei - Di hujung jalan diteduhi deretan pokok kelapa sawit terletaknya panorama memukau iaitu sebuah masjid tua...
WRUR AYER MOLEK: KONVOI TURUN PADANG LAMBANG MBMB SAYANG RAKYAT
AYER MOLEK 4 April - Pendekatan turun padang menerusi Konvoi MBMB Sayang Rakyat (MeSRa) bukan sahaja merapatkan hubungan dengan komuniti...
GASING PANGKAH IDENTITI FELDA BUKIT SENGGEH
ASAHAN 4 Mei - Gelanggang gasing pangkah yang dulunya uzur dan bocor kini tersergam indah dan lebih moden selepas kerja...
