
Tujuh cedera kereta rempuh kedai makan
KUALA LUMPUR, 21 Mac – Tujuh individu cedera selepas sebuah kereta terbabas dan merempuh ruang makan di luar sebuah restoran di Jalan Klang Lama, di sini, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kesemua mereka terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita yang sedang makan di restoran itu.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.19 malam dan sepasukan anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati sebuah kereta jenis Honda HR-V telah terbabas lalu merempuh restoran serta melanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia dan Lexus.
“Kesemua mangsa yang tidak mengalami kecederaan serius telah diberi rawatan awal di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Punca rempuhan sedang disiasat,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HADIAH ISTIMEWA TOK RAUF UNTUK ‘PENIAGA KAMPUNG’
MERLIMAU 17 Julai - Selepas lebih sedekad menggunakan motosikal roda tiga yang uzur untuk mencari rezeki, seorang peniaga ikan dan...
PERBEZAAN POLITIK BUKAN MEDAN PERMUSUHAN, AB RAUF TERIMA KEPUTUSAN PH DENGAN HATI TERBUKA
MERLIMAU 17 Julai - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menerima keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak lagi...
JELAJAH KETUA MENTERI: SUARA RAKYAT JADI PANDUAN KERAJAAN NEGERI
MERLIMAU 17 Julai - Suara dan pandangan rakyat yang diperoleh menerusi Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat menjadi panduan penting...
WRUR MERLIMAU BAWA KONSEP ‘ADUAN DI KEDAI KOPI’
MERLIMAU 17 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau memanfaatkan kedai kopi sebagai platform...
ANAK MELAKA BERASAL DARIPADA LELUHUR YANG HEBAT – TOK RAUF
MERLIMAU 17 Julai - Setiap anak Melaka perlu berbangga dengan sejarah bumi bertuah ini yang pernah menjadi pusat perdagangan tumpuan...
PROJEK TEBATAN BANJIR LEGAKAN PENDUDUK MERLIMAU
MERLIMAU 17 Julai – Projek Tebatan Banjir Bandar Merlimau sedang dilaksanakan dijangka mampu mengurangkan risiko banjir di Dewan Undangan Negeri...
