
MetMalaysia keluarkan amaran kategori pertama ribut tropika Megi
KUALA LUMPUR, 11 April – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu.
Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 10 pagi ini, keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.
Ribut tropika Megi itu berada di kedudukan kira-kira 144 km ke barat laut Surigao City, Filipina dan 950 km ke timur laut Sandakan, Sabah dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j.
Orang awam dinasihatkan agar lebih peka dan mengikuti perkembangan semasa mengenai situasi tersebut dan boleh mendapatkan maklumat yang dikemas kini setiap tiga jam di laman web dan aplikasi myCuaca ataupun talian hotline MetMalaysia.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SYIAR ISLAM SUBUR DI PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 14 Februari - Syiar Islam terus subur di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menerusi pelbagai pembangunan infrastruktur...
PAYA RUMPUT SEDIA AKSES PENDIDIKAN BERKUALITI
PAYA RUMPUT 14 Februari - Menyedia akses pendidikan berkualiti menjadi antara pencapaian utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya...
RUMAH PRR UNTUK B40 BAKAL DIBINA DI TAMAN PAYA EMAS
PAYA RUMPUT 14 Februari - Selepas menerima Program Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput bakal menerima...
KEBAJIKAN RAKYAT BUKAN AGENDA BERMUSIM – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 Februari - Menjaga kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang adalah satu amanah besar bagi...
RAIS BERJAYA TUNAI 8 AKU JANJI DEMI PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 14 Februari - Dalam tempoh lebih empat tahun berkhidmat wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya...
AB RAUF MAHU PASTIKAN DAPUR RAKYAT MELAKA TERUS BERASAP
TANJUNG BIDARA 14 Februari - Kerajaan Negeri bukan hanya mementingkan perkembangan ekonomi yang konsisten, sebaliknya turut memastikan setiap dapur rakyat...
