Kerawon, Tiwol hidangan ‘rare’ masyarakat Jawa

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

AYER MOLEK 11 April -Meskipun tidak sepopular Nasi Ambeng namun hidangan masyarakat Jawa iaitu Kerawon dan Tiwol mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Dua hidangan ini dikatakan ‘eksklusif’ buat penggemarnya kerana amat jarang dijual di gerai mahupun pasar seperti Nasi Ambeng sebaliknya hanya dihidangkan pada majlis keraian atau atas permintaan sahaja.

Kerawon atau juga dikenali sebagai Keluban adalah sejenis kerabu yang disediakan daripada ulam-ulaman seperti daun cekur, pegaga, pucuk ubi, taugeh dan kelapa yang diparut.

Manakala Tiwol pula adalah hidangan yang dimasak daripada tepung ubi kayu dan digaul bersama kelapa parut.

Bagi peniaga bazar Ramadan Atiqah Mesri, 32, berkata, percubaannya menjual Kerawon dan Tiwol nyata mendapat sambutan diluar jangkaan.

Dia yang pertama kali mencuba nasib berniaga di bazar Ramadan berkata, mereka bersetuju untuk menjual dua hidangan berkenaan selepas ibunya Siti Hawa Katam, 69, ditawarkan tapak untuk berniaga makanan Jawa di tapak bazar Ramadan Dataran Persatuan Warisan Anak Jawa (PERWAJA).

“Pada mulanya risau juga kerana fikir orang tidak akan beli kerana ramai tidak tahu makanan orang Jawa, lebih lagi orang muda sekarang ini.

“Disebabkan penyediaan yang agak rumit untuk kedua-dua makanan ini jadi kuantiti yang dijual juga terhad malah ada pelanggan yang terpaksa pulang tangan kosong,” katanya.

Atiqah juga aktif dalam aktiviti pembuatan kuih dan kek berharap idea menjual dua hidangan itu dan Nasi Uduk dapat mempopularkan semula hidangan tradisi orang Jawa.

“Boleh dikatakan ia ‘rare’ kerana payah untuk jumpa kecuali kalau ada majlis dalam kalangan orang Jawa.

“Nasi Uduk atau pecal mungkin orang sudah biasa dengar, jadi apabila orang muda datang saya akan terangkan, malah ada juga yang tersilap sebut ‘keliwon’,” katanya.

Pix

ATIQAH Mesri (kanan) bersama ibunya (tengah) menunjukkan hidangan dijual digerainya.

ATIQAH Mesri menunjukkan Tiwol (kiri) dan Kerawon (kanan) yang dijual.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1731
Kongsi :
Previous post MetMalaysia keluarkan amaran kategori pertama ribut tropika Megi
Next post Kerajaan, PH setuju pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan diperhalusi
Ubah saiz-+=