Sorting by

×

WRUR KOTA LAKSAMANA: SUASANA KAMPUNG TENGAH BANDAR TARIKAN VILLA CMI

Masa Membaca:58 Saat

KOTA LAKSAMANA 21 Mei – Keunikan Villa CMI di Kampung Morten yang mengetengahkan konsep kampung tradisional berpotensi menjadi antara produk pelancongan unik di Melaka sekali gus menarik lebih ramai pelancong domestik dan luar negara ke negeri ini.

Bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana Kota Melaka: Kampung Kita, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengadakan lawatan ke villa berkenaan, hari ini.

Lawatan itu turut disertai Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana Low Chee Leong serta wakil jabatan dan agensi Kerajaan Negeri berkaitan.

Pada lawatan itu, Salhah teruja dengan keindahan villa berkonsepkan rumah kayu klasik Melayu yang masih mengekalkan elemen warisan dan budaya tempatan, selain menawarkan suasana kampung yang tenang di tengah bandar.

Konsep penginapan seperti itu bukan sahaja memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung malah mampu memperkukuh identiti Melaka sebagai negeri pelancongan berasaskan warisan dan budaya.

Villa CMI menawarkan pelbagai kemudahan moden termasuk sembilan bilik tidur, ruang santai, dapur lengkap serta kawasan privasi yang sesuai untuk keluarga besar, rombongan dan majlis khas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

185
Kongsi :
Previous post #BeSMART COWBOYS PERTAHAN GELARAN ‘RAJA RAGBI’ B12 MELAKA