Sorting by

×

KRT JADI ‘JAMBATAN’ BANTU KEBAJIKAN PENDUDUK MEMERLUKAN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PAYA RUMPUT 22 Mei – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bukan sahaja memainkan peranan sebagai penggerak keselamatan komuniti dan memupuk perpaduan, bahkan turut cakna kepada kebajikan penduduk di sesebuah kawasan.

Itu yang dilakukan KRT Taman Krubong Heights yang menzahirkan keprihatinan kepada salah seorang penduduk yang juga jawatankuasanya yang diuji dengan kemalangan mengakibatkannya kini terlantar.

Nasib penduduk itu turut mendapat perhatian Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin yang hadir menziarahi pesakit berkenaan.

Kunjungan itu bukan sahaja memberi sokongan moral kepada pesakit dan keluarga, malah turut disertakan dengan penyampaian sumbangan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung.

Bendahari KRT Taman Krubong Heights, Muhammad Hafiz Abd Aziz, 38, berkata, program ziarah kasih yang diadakan itu mencerminkan hubungan erat antara pemimpin dan komuniti setempat dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian.

Jelasnya, peranan KRT tidak hanya tertumpu kepada aspek keselamatan dan perpaduan komuniti, bahkan turut menjadi penghubung penting antara masyarakat dan pihak kerajaan dalam hal berkaitan kebajikan penduduk.

“Kerjasama erat antara KRT dan wakil rakyat membolehkan setiap permasalahan masyarakat disampaikan dengan lebih cepat, tersusun dan berkesan.

“KRT menjadi medium penting dalam menyampaikan maklumat selain membantu penduduk yang memerlukan perhatian khusus,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

98
Kongsi :
Previous post WRUR KOTA LAKSAMANA: PEMBANGUNAN SUNGAI MELAKA FASA 2 BERI MANFAAT BESAR