
Penunggang motosikal retak tempurung kepala dirempuh pemandu mabuk
KANGAR, 1 Jun – Seorang penunggang motosikal cedera di kepala selepas dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang dipercayai dalam keadaan mabuk di Jalan Raja Syed Saffi, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata kejadian berlaku pada 10.10 malam dan mangsa dikenali sebagai Bishamhadi Mohamad Hasbi, 40.
“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila pemandu kereta hilang kawalan dan melanggar sebuah motosikal dan belakang sebuah lori yang sedang menurunkan barang di tepi jalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, pemandu kereta berusia 58 tahun itu telah ditahan untuk siasatan dan ujian pernafasan mendapati lelaki tersebut memandu di bawah pengaruh alkohol.
“Lelaki itu yang bekerja sebagai tukang cat hanya cedera ringan sementara penunggang motosikal tersebut mengalami retak tempurung kepala serta kecederaan pada badan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini,” katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
–BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
MPHTJ ARAH PEMAJU HENTI OPERASI SUSULAN BANJIR LUMPUR
AYER KEROH 30 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengarahkan sebuah syarikat pemaju menghentikan kerja pembangunan susulan kejadian...
WRUR AYER KEROH: DEWAN TERBUKA RANCAKKAN AKTIVITI KOMUNITI SUNGAI PUTAT
AYER KEROH 30 April – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengadakan lawatan kerja bagi meninjau perkembangan pembinaan...
WRUR AYER KEROH: KARYA WARGA SMK MUNSHI ABDULLAH BANGKITKAN SEMANGAT KEPAHLAWANAN
AYER KEROH 30 April - Mural inspirasi bertemakan ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’ sentuhan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)...
KLIK DAN IMBAS: MAIM PERMUDAH KAEDAH BERSEDEKAH SECARA DIGITAL
PENGKALAN BATU 30 April - Hanya dengan satu klik dan imbas kod respon pantas (QR) tertera pada poster anda boleh...
DEKATI HAIWAN EKSOTIK DI MENARA TAMING SARI SABTU INI
AYER KEROH 30 April - Pengunjung singgah ke Menara Taming Sari berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis haiwan...
KOMITMEN BERTERUSAN MELAKA TANGANI RISIKO BANJIR
AYER KEROH 30 April - Komitmen Kerajaan Negeri untuk menangani risiko banjir diterjemahkan menerusi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB)...

