
PDRM terima 35 laporan babitkan 45 warga tempatan terkandas di luar negara
SEPANG, 12 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 35 laporan melibatkan 45 warga Malaysia yang dipercayai terkandas di luar negara seperti di Myanmar, Thailand dan Laos, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Beliau meminta waris mangsa yang terkesan membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana yakin ada lagi waris yang tidak berbuat demikian.
“Kita minta mereka tampil dan buat laporan bagi mudahkan pihak kita mengesan lokasi waris mereka yang terkandas di negara berkenaan,” katanya kepada media selepas ketibaan 12 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Kemboja, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini hari ini.
Abd Jalil berkata pihaknya akan mengambil keterangan daripada kesemua mangsa yang baru pulang itu di klia2 sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Seramai 16 rakyat Malaysia dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’ oleh satu sindiket di Preah Sihanouk di Kemboja setelah terpedaya dengan iklan pekerjaan dan diselamatkan pada 5 April lepas.
12 daripada mangsa berjaya pulang ke tanah air hari ini manakala empat lagi masih berada di Kemboja kerana positif COVID-19 dan perlu menjalani kuarantin.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENTARAMA X: HIBURAN BERMAKLUMAT DIDIK PELAJAR HAYATI NILAI PATRIOTISME
AYER KEROH 10 September - Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Melaka komited memperkasakan semangat patriotik dalam kalangan pelajar menerusi penganjuran Program...
KONDA KONDI ‘HIDUP’ SEMULA DI BUMI BERTUAH
LENDU 10 September - Penerimaan orang ramai khususnya penduduk Melaka tanpa mengira lapisan usia terhadap sukan tradisional konda kondi semakin...
USAHAWAN MAIM TERIMA ‘FOOD TRUCK’ BERAZAM KELUAR DARIPADA STATUS ASNAF
BANDARAYA MELAKA 10 September – Hidup sebagai usahawan asnaf penuh dengan cabaran, namun bagi Zulkifli Mohamed, 57, dari Klebang Besar,...
POLIS TINGKAT KAWALAN KESELAMATAN DI SEMUA FASILITI PETRONAS
BANDA HILIR 9 September - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkat kawalan keselamatan di fasiliti milik Petronas seluruh negara termasuk Sarawak...
EMPAT ISU UTAMA JENAYAH RENTAS SEMPADAN TUMPUAN AMMTC KE-19
BANDA HILIR 9 September - Empat isu menjadi fokus utama dalam usaha memperkukuh keselamatan serantau akan dibincangkan sepanjang Mesyuarat Menteri-Menteri...
MELAKA CONTOH NEGERI PELANCONGAN HEBAT, DESTINASI SELAMAT – PM
BANDA HILIR 9 September - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan tersohor yang bukan...