
Empat rakan didakwa bunuh seorang lelaki di Seri Kembangan
PETALING JAYA, 14 April – Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang ditemukan mati dengan kesan tetakan di muka, leher dan tangan.
M. Mukuntan, 33, S. Mahadevan, 40, A. Chandramani, 35, dan S. Tharma, 30, mengangguk faham, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.
Mereka didakwa bersama-sama membunuh M. Danesh, 30, di Jalan BS 6/8, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor pada 5.27 pagi, 3 April lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh, kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mahkamah menetapkan 20 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR, JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT RANCAKKAN EKONOMI KOMUNITI
TANJUNG BIDARA 19 September - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) dan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat turut memberikan...
AB RAUF FOKUS PEMBANGUNAN, JAGA RAKYAT MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 September - Keutamaan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika ini adalah untuk menerajui pentadbiran...
MELAKA BAKAL JADI MEDAN PERHIMPUNAN SENI SILAT NUSANTARA
TANJUNG BIDARA 19 September - Melaka berhasrat menjadi medan penyatuan warisan seni dan budaya rumpun Melayu menerusi penganjuran Perhimpunan Seni...
TAK PERLU JANJI TEMU, HEBAT MACAM ‘ONE STOP CENTRE’
TANJUNG BIDARA 19 September - Tidak perlu menunggu janji temu atau mencari ruang untuk masuk ke pejabat kerajaan, sebaliknya hanya...
TOK RAUF TAK LUPA MASYARAKAT CINA, BANTU RAKYAT TANPA MENGIRA LATAR BELAKANG
TANJUNG BIDARA 19 September - Kasih Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh tidak mengenal bangsa kerana menjadi tanggungjawab...
TANJUNG BIDARA ‘LUBUK’ KAKI PANCING, 1,140 BERENTAP DI BALIK BATU
TANJUNG BIDARA 19 September - Seramai 1,140 kaki pancing dari dalam dan luar Melaka menyertai Tanjung Bidara Surfcasting Challenge 2026...

