
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam letupan paip gas dan kemalangan bas di Mesir
PUTRAJAYA, 14 April – Tiada rakyat Malaysia yang terkesan dalam dua insiden di Mesir iaitu letupan besar saluran paip gas di Nasr City, Kaherah pada Khamis dan kemalangan melibatkan sebuah bas di Aswan pada Rabu.
Kementerian Luar Negeri dalam mengesahkan hal in berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah berhubung dengan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar-pelajar yang menginap di sekitar Nasr City bagi memastikan keselamatan mereka.
Rakyat Malaysia juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing, kata kementerian melalui kenyataan Khamis malam.
Mereka yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di Mesir 21, Al Aanab Street, Mohandessine, Giza, atau hubungi melalui Tel: +201200276388 atau E-mel: [email protected].
Menurut laporan media Mesir letupan berhampiran Al-Ahly Club di Nasr City menyebabkan kebakaran besar dan kemalangan bas dengan sebuah lori di Aswan pula menyebabkan 10 orang maut termasuk lima pelancong asing.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAJORITI MENINGKAT LEBIH LAPAN KALI GANDA, BAN HONG TEKAD BANGUNKAN KLEBANG
SERI NEGERI 15 November - Peningkatan majoriti lebih lapan kali ganda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan Ahli...
TUMINAH TEKAD TIDAK SIA-SIAKAN MANDAT WARGA PANTAI KUNDOR
AYER KEROH 15 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi bertekad untuk terus memberikan perkhidmatan...
TANGANI BANJIR JADI MISI PERTAMA NADARAJAH DI GADEK
SERI NEGERI 15 November - Masalah banjir yang sekian lama membelenggu penduduk menjadi antara keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)...
MANDAT BESAR PENGUNDI AYER MOLEK BUAT MOHD RIDHWAN
SERI NEGERI 15 November - Kemenangan dengan majoriti lebih 13,000 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menjadi amanah besar...
SUBUH HINGGA TENGAH MALAM, TOK AZMAN TERUS BERKHIDMAT
SERI NEGERI 15 November – Jadual kerja dari awal pagi hingga tengah malam kekal menjadi komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri...
‘POGHUT AYER LIMAU’ BAKAL BERKEMBANG, ANAK MUDA DAN PENDIDIKAN JADI FOKUS HAMEED
SERI NEGERI 15 November - Gagasan Poghut Ayer Limau bakal diperkasakan menerusi penambahan komponen baharu bagi memastikan lebih banyak komuniti...
