
Trafik di lebuh raya utama masih sesak
KUALA LUMPUR, 5 Mei – Aliran trafik menghala ke ibu kota di lebuh raya utama masih mengalami kesesakan berikutan warga kota mula pulang selepas cuti Aidilfitri di kampung masing-masing.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata setakat 10 malam tadi, trafik di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Kuala Lumpur sesak di Bukit Tambun ke Jawi, Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Simpang Pulai ke Gopeng dan dari kawasan mendaki di Gua Tempurung hingga ke Sungkai.
“Trafik turut sesak di Pedas Linggi menuju Port Dickson, Pagoh ke Jasin, Melaka dan Simpang Ampat ke Port Dickson,” katanya kepada Bernama.
Beliau juga berkata bagi laluan dari timur, trafik sesak selepas Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA RUMAHKU: 202 KEDIAMAN DIBAIK PULIH, DIBINA BAHARU
ASAHAN 26 Ogos - Sebanyak 101 rumah baharu dibina manakala 101 lagi kediaman dibaik pulih di seluruh Melaka menerusi inisiatif...
10 TAHUN HIDUP DALAM RUMAH SEMPIT, AKHIRNYA ADA RUANG UNTUK BERNAFAS
ASAHAN 26 Ogos - Selama kira-kira 10 tahun, rumah kecil yang dihuni Engku Azlinah Tengku Azhar, 40 bersama suami dan...
68 LAMPU SOLAR TERANGI JALAN GELAP ASAHAN
ASAHAN 26 Ogos - Jalan-jalan gelap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal diterangi 68 lampu solar yang bakal dipasang...
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
