
Trafik di lebuh raya utama masih sesak
KUALA LUMPUR, 5 Mei – Aliran trafik menghala ke ibu kota di lebuh raya utama masih mengalami kesesakan berikutan warga kota mula pulang selepas cuti Aidilfitri di kampung masing-masing.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata setakat 10 malam tadi, trafik di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Kuala Lumpur sesak di Bukit Tambun ke Jawi, Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Simpang Pulai ke Gopeng dan dari kawasan mendaki di Gua Tempurung hingga ke Sungkai.
“Trafik turut sesak di Pedas Linggi menuju Port Dickson, Pagoh ke Jasin, Melaka dan Simpang Ampat ke Port Dickson,” katanya kepada Bernama.
Beliau juga berkata bagi laluan dari timur, trafik sesak selepas Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WANITA PERLU MAIN PERANAN JAGA WARISAN MELAKA GEOPARK – KALSOM
BANDARAYA MELAKA 22 Mei - Kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya wanita terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan kelestarian warisan negeri...
TERNAKAN RUSA PACU EKONOMI ORANG KAMPUNG KUALA SUNGGA
MACHAP JAYA 22 Mei - Inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Sungga menternak rusa kini menunjukkan perkembangan...
692 PELAJAR SEKOLAH MELAKA MEROKOK
KOTA LAKSAMANA 22 Mei - Seramai 692 pelajar sekolah menengah di Melaka dikesan merokok menerusi saringan yang dijalankan Jabatan Kesihatan...
WRUR KOTA LAKSAMANA: NADI MAIN PERANAN PENTING TANGKIS MAKLUMAT PALSU
KOTA LAKSAMANA 22 Mei - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang diwujudkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri...
WRUR KOTA LAKSAMANA: ZIARAH KASIH BAWA SINAR BUAT RAKYAT MEMERLUKAN
KOTA LAKSAMANA 22 Mei - Penerima bantuan Program Cakna Kebajikan: Ziarah Kasih sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
PPSPM OPTIMIS MELAKA RIVER CRUISE CAPAI SASARAN 1 JUTA PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 22 Mei - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) optimis mencapai sasaran satu juta pengunjung menikmati pelayaran...
