
Kereta kuda berhias curi perhatian rumah terbuka Pengkalan Batu
PENGKALAN BATU 27 Mei – Yang di-Pertua negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, malam ini.
Sambutan yang diadakan di Kompleks JAPERUN Pengkalan Batu itu turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum, EXCO Pelaburan negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.
Turut hadir memeriahkan sambutan barisan EXCO Kerajaan negeri antara V P Shanmugam, Datuk Rahmad Mariman, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan juga Datuk Zaidi Attan.
Selain nyanyian lagu raya, pengunjung yang hadir turut dipersembahkan dengan persembahan tarian tradisional daripada murid sekolah.
Kereta kuda berhias dan beca nyata menjadi tumpuan tetamu yang hadir apabila tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama keluarga.
Ternyata, selepas dua tahun tiada majlis rumah terbuka, masyarakat pelbagai lapisan umur mengambil kesempatan meluangkan masa hadir memeriahkan suasana dengan dijamu pelbagai hidangan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KDNK MELAKA MENINGKAT RM50.3 BILION PADA 2025
SERI NEGERI 24 Ogos - Ekonomi Melaka terus menunjukkan prestasi positif apabila nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri meningkat...
MELAKA SEDANG CIPTA MOMENTUM UNTUK RAKYAT
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka bukan sekadar bergerak, tetapi sedang mencipta momentum, tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab...
17 DAS MERIAM BUKA TIRAI ISTIADAT PINGAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Dentuman 17 das tembakan meriam memecahkan suasana pagi di Seri Negeri, menandakan bermulanya Istiadat Penganugerahan...
RM450,000 BANTU RAKYAT ASAHAN DIAMI RUMAH LEBIH SELESA
ASAHAN 24 Ogos - Sebanyak 13 permohonan menerusi inisiatif Melaka Rumahku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diluluskan sehingga tahun...
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
