
Keputusan SPM diumum 16 Jun
PUTRAJAYA, 7 Jun – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diumumkan pada 16 Jun (Khamis), menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi, manakala slip keputusan akan dihantar melalui pos bagi calon persendirian.
Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 mulai pukul 10 pagi pada 16 Jun sehingga pukul 6 petang pada 24 Jun.
Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Sistem itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6 petang pada 22 Jun. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MBMB SEKALI LAGI LAKAR SEJARAH, TERIMA ANUGERAH BANDAR PELANCONGAN BERSIH ASEAN
AYER KEROH 6 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terus melakar pencapaian membanggakan apabila dianugerahkan 'ASEAN Clean Tourist City...
MBMB PANTAU PANTAI KLEBANG, ELAK ‘ULAT PARKIR’ BERLELUASA
AYER KEROH 6 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengesahkan tiada bayaran parkir dikenakan kepada pengunjung di kawasan pelancongan...
MAIM SALUR RM148.4 JUTA DANA ZAKAT BANTU ASNAF DI MELAKA
AYER KEROH 6 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengagihkan sejumlah RM148.4 juta untuk membantu golongan asnaf di...
ANAK PANTAI KUNDOR TERIMA PAKAIAN, KELENGKAPAN SEKOLAH BAHARU
AYER KEROH 6 Januari - Kegembiraan jelas terpancar di riak wajah 100 penerima bantuan apabila menerima pakaian dan kelengkapan persekolahan...
PESILAT MUDA SK JERAM HARUMKAN NAMA MELAKA
MASJID TANAH 6 Januari - Pesilat muda Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram terus membuktikan keunggulan apabila berjaya mempertahankan kejuaraan acara silat...
GUNTING RAMBUT PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK TABOH NANING
TABOH NANING 6 Januari - Menjelang sesi persekolahan 2026 yang akan dibuka tidak lama lagi, Japerun Taboh Naning mengambil inisiatif...


