Pemandu Myvi direman empat hari

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 7 Jun – Pemandu Perodua Myvi dipercayai memandu dibawah pengaruh alkohol dan merempuh pasangan suami isteri orang kurang upaya (OKU) dalam kemalangan maut di Jalan Serkam Pantai, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor selepas menerima permohonan daripada polis di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Terbaharu lelaki berusia 24 tahun itu tiba di mahkamah kira-kira jam 9.50 pagi sebelum perintah reman selesai kira-kira jam 11.45 pagi.

Pemuda terbabit direman sehingga 10 Jun bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, pihaknya masih menunggu laporan ujian alkohol yang dijangka akan diperoleh dalam tempoh tujuh hari.

“Selain itu semakan lanjut dijalankan juga mendapati pemandu terbabit mempunyai enam kesalahan lalu lintas,” katanya.

Suami isteri maut selepas motosikal mereka dirempuh Perodua Myvi dipercayai dipandu lelaki dibawah pengaruh alkohol dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Serkam Pantai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Yamaha Ego Ezuddin Mohammad, 50, dan isteri Surayah Muhamat, 48, maut dilokasi kejadian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1343
Kongsi :
Previous post Keputusan SPM diumum 16 Jun
Next post Penyalahgunaan ‘batu’ babit pelajar sekolah di Melaka membimbangkan – EXCO
Ubah saiz-+=