SPR REKOD 237 LAPORAN KESALAHAN KECIL PILIHAN RAYA

Masa Membaca:52 Saat

SUNGAI UDANG 10 November – Sebanyak 237 kesalahan pilihan raya dilaporkan kepada pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat semalam, kata Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.

Ramlan berkata, kesalahan dilaporkan sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 itu disifatkan sebagai kesalahan kecil berkaitan peraturan pilihan raya seperti aktiviti kempen, bendera dan bahan kempen.

“Setakat ini perjalanan PRN Melaka Ke-16 secara keseluruhan lancar tanpa laporan insiden besar. Dengan baki beberapa hari sebelum pengundian (14 November), saya menyeru semua pihak supaya menjaga ketertiban sepanjang meneruskan kempen,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media Hari Pengundian Awal di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak di sini, hari ini.

Bagi PRN Melaka kali ini, SPR sebelum ini mengumumkan penubuhan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti sepanjang tempoh rasmi berkempen.

Pasukan berkenaan turut dianggotai wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon yang bertanding.

Tempoh berkempen berlangsung sehingga 13 November, sebelum pengundian biasa diadakan pada 14 November ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

173
Kongsi :
Previous post SPR SASAR 95 PERATUS KELUAR MENGUNDI AWAL PRN MELAKA
Next post MELVIN MAHU LAKSANA TIGA AGENDA UTAMA DALAM 100 HARI, BUKTI KPI