PRN MELAKA: 817 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS LAYAK UNDI AWAL DI IPK

Masa Membaca:44 Saat

AYER KEROH 10 November – Seramai 817 pegawai dan anggota polis dijadual menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, hari ini.

Pusat pengundian awal di IPK Melaka dibuka tepat jam 8 pagi bagi memberi peluang kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

IPK Melaka merupakan antara 31 pusat pengundian awal yang disediakan bagi PRN kali ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar turut menunaikan tanggungjawab mengundi pada jam 8.42 pagi di saluran satu.

Tinjauan mendapati suasana di pusat pengundian terkawal dan berjalan lancar dengan kehadiran anggota polis secara berperingkat sejak pusat berkenaan dibuka.

Pusat pengundian awal di IPK Melaka dijadual ditutup pada jam 5 petang.

PRN Melaka Ke-16 menyaksikan seramai 12,531 anggota pasukan keselamatan bersama pasangan layak mengundi awal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

160
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: 9,769 WARGA TENTERA, PASANGAN LAYAK UNDI AWAL