
Wisma Putra sahkan kemalangan bas libatkan 15 warga Malaysia di Arab Saudi
PUTRAJAYA, 10 Jun – Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden kemalangan melibatkan bas pekerja dinaiki 15 warganegara Malaysia yang terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi pada Khamis.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata mereka merupakan pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah.
Susulan insiden itu, mereka yang terlibat dibawa ke Hospital An Nur dan King Faisal Hospital di Mekah bagi mendapatkan rawatan.
“Dua daripada mangsa mengalami kecederaan serius patah tulang di bahagian bahu dan tengkuk, manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan,” katanya.
Menurut Wisma Putra, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Arab Saudi berhubung kemalangan itu.
Tambahnya, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau perkembangan insiden itu dan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.
“Kementerian Luar mendoakan agar kesemua mangsa kembali pulih dengan segera,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RM7 JUTA DISALUR UNTUK LAKSANA PROJEK KECIL DUN RIM
RIM 22 September – Hampir RM7 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim dalam...
REZEKI ‘NEWBIE’, IKAN KURAU BAWA TUAH BUAT MOHD RIDZUAN DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 22 September - Rezeki tidak salah alamat. Itulah yang berlaku kepada Mohd Ridzuan Jaapar, 40, apabila ikan kurau...
MAIM HULUR SUMBANGAN BAIK PULIH KEMUDAHAN MAAHAD TAHFIZ KASYFUL-ULUM
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang membawa berita gembira buat Maahad Tahfiz...
MASALAH RAKYAT TAK TERLEPAS, WAKIL RAKYAT MELAKA JADI MATA DAN TELINGA
SERI NEGERI 22 September - Pendekatan turun padang membolehkan Kerajaan Negeri menjejaki pelbagai permasalahan rakyat yang sebelum ini tidak sampai...
MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG GANGSA BAKAL HUNI RUMAH BAHARU
DURIAN TUNGGAL 22 September - Sekeluarga mangsa kebakaran di Kampung Gangsa di sini menerima bantuan pembinaan rumah baharu oleh Lembaga...
TOK RAUF PUAS HATI BARISAN EXCO, ADUN BERIKAN KHIDMAT TERBAIK
SERI NEGERI 22 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berpuas hati dengan prestasi barisan kepimpinan negeri...
