Enam beradik yatim piatu terima Faedah Panakat RM2,876.14 sebulan

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

TELOK MAS 10 Jun – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka menyerahkan Faedah Panakat berjumlah RM2,876.14 sebulan kepada enam beradik yang kehilangan ibu bapa dalam kemalangan maut di Jalan Serkam Pantai pada 6 Jun lalu.

EXCO Tenaga Kerja Negeri, Ngwe Hee Sem berkata faedah itu diberikan secara ‘one-off’ termasuk Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM4,000 bagi kelayakan arwah ibu bapa mereka.

“Saya bersama PERKESO Melaka turun padang untuk menyampaikan faedah ini kepada anak sulung arwah iaitu Sa’eed Ezuddin, 22 yang perlu mengambil alih tanggungjawab selepas kedua ibu bapa mereka tiada.

“Justeru, saya nasihatkan amat penting untuk setiap majikan itu membuat pendaftaran dan caruman untuk pekerja mereka supaya kita dapat bantu seperti hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Faedah PERKESO kepada keluarga berkenaan di Tambak Bugis, Bukit Lintang di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah PERKESO Melaka, Abd Razak Omar.

Untuk rekod arwah Ezudddin Mohammad, 50, dan arwah Surayah Muhamat,46, merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dirempuh pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mabuk di Jalan Serkam Pantai, 6 Jun lalu.

Kedua-dua mereka merupakan OKU sejak lahir dan pernah bekerja di kilang yang sama iaitu Winstar Technology Enterprise sejak 25 tahun lalu.

Arwah meninggalkan enam anak iaitu Sa’eed (anak sulung), Munirah (21 tahun) serta empat anak yang masih bersekolah iaitu Abdussalam (16), Radhiah (15), Nawal Khairina (12) dan Muhamad Naufal (10).

Hee Sem turut bersimpati akan nasib yang menimpa enam beradik berkenaan yang sekelip mata menjadi yatim piatu disebabkan kemalangan maut itu.

“Ternyata kehilngan ini amat menyedihkan serta memilukan, pemergian arwah amat dirindui oleh anak-anak mereka terutama anak kedua mereka yang terkesan dengan berita mengejut ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1096
Kongsi :
Previous post Malaysia pelawa EU-ABC untuk sama-sama terokai peluang dalam negara dan rantau ini – Ismail Sabri
Next post Wisma Putra sahkan kemalangan bas libatkan 15 warga Malaysia di Arab Saudi
Ubah saiz-+=