
Tunku Ismail dilantik Pemangku Raja mulai hari ini
ISKANDAR PUTERI, 16 Jun – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan melantik anakanda sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.
Baginda mengumumkan perkara itu ketika bertitah merasmikan mesyuarat kedua (pembukaan rasmi) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.
“Saya melantik Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja, saya ingin berehat sekejap, terima kasih, mulai hari ini,” titahnya.
Bagaimanapun, baginda tidak menyebut tempoh jawatan itu akan dipegang oleh Tunku Ismail.
Kali terakhir Tunku Ismail dilaporkan memegang jawatan itu apabila baginda dilantik pada 10 Ogos 2019.
Seminggu lepas, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan berundur dan menyerahkan urusan harian kelab itu kepada pengurusan tertingginya.
Menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers pada 9 Jun lepas, Tunku Ismail berkata keputusan itu adalah disebabkan tanggungjawab dan komitmennya yang lain.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SEL BAHARU BERI ‘NYAWA’ UNTUK TAPAK PELUPUSAN SUNGAI UDANG
AYER KEROH 8 November - Masalah kapasiti sampah di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang bakal diatasi dengan pembinaan sel baharu...
SATU ABAD PANDU PUTERI MELAKA BUKTI KEUTUHAN LEGASI WANITA
BANDARAYA MELAKA 8 November – Gerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) kekal relevan sebagai wadah membentuk wanita berwawasan dan berjiwa...
‘HI-TEA’ SERIKAN SAMBUTAN 100 TAHUN PANDU PUTERI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 8 November – Majlis Centennial Hi-Tea menyerikan Sambutan 100 Tahun Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Cawangan Melaka. Majlis penuh...
SWCORP, MBMB KOMITED KURANGKAN PENGGUNAAN PLASTIK DI MELAKA
AYER KEROH 8 November - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terus...
PTPTN MELAKA SALUR ZAKAT RM20,000 UNTUK PELAJAR ASNAF
AYER KEROH 8 November - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan wakalah zakat berjumlah RM20,000 bagi membantu 100 pelajar...
WARGA BANDARAYA MELAKA MAKIN SEDAR KEPENTINGAN KITAR SEMULA
AYER KEROH 8 November - Rakyat di negeri ini semakin sedar akan kepentingan amalan kitar semula apabila Kempen 'Jangan Gunalah:...

