UTeM tawar khidmat nasihat pengisian UPU online

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

DURIAN TUNGGAL 16 Jun – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengambil inisiatif menawarkan khidmat nasihat bagi pengisian UPU online kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Diploma dan setaraf bagi melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Pengarah Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Canselori (PPPC), Datin Wira Ts Nurazlina Md Sanusi berkata, pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma dan setaraf berpeluang berjumpa dengan pihak UTeM dan berkomunikasi secara langsung bagi mendapatkan panduan dan kaedah pengisian UPU online.

Jelasnya, ini akan memudahkan mereka membuat pemilihan kursus atau program pengajian yang sesuai ke peringkat yang lebih tinggi sam aada di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Nurazlina

Ujarnya, program ini juga turut akan memberikan kefahaman kepada para pelajar mengenai peranan UTeM dalam memperkasakan pengajian teknikal dan TVET dalam agenda Pendidikan Tinggi Negara.

“Ianya juga akan mewujudkan jalinan hubungan yang lebih erat antara pelajar dan pihak UTeM  sekaligus menikmati kelebihan dan impak langsung UTeM di sini,” ujarnya lagi dalam kenyataannya pada hari ini.

Program ini akan diadakan di Mydin Pulau Sebang dan Mydin Jasin pada 17 hingga 19 Jun 2022 manakala di Mydin MITC, Ayer Keroh pada 24 hingga 26 Jun 2022, justeru para pelajar dan ibu bapa bolehlah datang beramai-ramai mendapatkan khidmat nasihat bagi melanjutkan pengajian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1457
Kongsi :
Previous post Tunku Ismail dilantik Pemangku Raja mulai hari ini
Next post Kes Bella: Hakim nasihat pendakwaan, pembelaan bekerjasama kongsi maklumat
Ubah saiz-+=