
Nissan Skyline R32 menyerupai kenderaan polis dirampas
SEPANG, 3 Julai – Sebuah kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan polis dirampas manakala pemiliknya ditahan semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mendapat maklumat berkaitan kereta awam itu menerusi satu video TikTok berdurasi 13 saat, difahamkan menyertai pameran automotif Art of Speed Malaysia yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.
Turut dirampas kunci kereta itu dan slip penyertaan pameran berkenaan.
“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan tugas. Siasatan masih diteruskan,” katanya.
Beliau berkata pemilik kereta berumur 45 tahun yang juga merupakan peniaga aksesori kereta dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya selesai diambil.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PELABURAN BERIMPAK TINGGI PERKASA MASA DEPAN ANAK MUDA MELAKA
RIM 28 Jun – Melaka memperuntukkan hampir RM70 juta bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan belia, memperkasa fasiliti sukan serta inisiatif...
BELIA PERLU PERKUKUH POTENSI DIRI SEBELUM USIA 30 TAHUN
RIM 27 Jun – Anak muda perlu lebih agresif, melakukan persiapan untuk membina, sekali gus memperkukuh potensi diri dengan memanfaatkan...
SEMBILAN INDIVIDU TERMASUK PEMANDU CEDERA, BAS EKPRES TERBABAS DI NILAI
NILAI 27 Jun - Sembilan individu termasuk pemandu bas cedera dalam kejadian sebuah bas ekspres terbabas di Kilometer 275.4 Lebuhraya...
BUKAN SEKADAR RIDE, KONVOI PEMUDA ALOR GAJAH ERATKAN SILATURAHIM
AYER KEROH 27 Jun – Bukan sekadar mengumpulkan ribuan penunggang motosikal, sebaliknya menjadi platform menyatukan komuniti menerusi minat yang sama....
‘RED LECHWE’ ZOO MELAKA JALANI PROSEDUR SEDASI, RAWAT BENGKAK TESTIS
AYER KEROH 27 Jun - Di sebalik haiwan spesies antelop diberi nama ‘Red Lechwe’ ini, berdiri sepasukan Veterinar Zoo Melaka...
MIMPI NGERI BANJIR KILAT MALIM JAYA BERAKHIR
KESIDANG 27 Jun – Masalah banjir kilat yang pernah menjadi mimpi ngeri penduduk Malim Jaya berjaya dikurangkan secara signifikan menerusi...
