
MBMB hantar pasukan bantu misi pasca bencana di Baling
AYER KEROH 8 Julai – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menghantar pasukan bagi membantu misi pasca bencana banjir dan fenomena kepala air yang berlaku di Baling, Kedah, baru-baru ini.
Misi selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Julai itu diketua Ketua Unit FRONT MBMB Khairulnezam Amir dengan dibantu kekuatan seramai sembilan orang.
Terdahulu, pasukan itu telah tiba di Baling pada jam 4 pagi (7 Julai) dengan menaiki dua buah kenderaan.
Menurut kenyataan MBMB, misi itu dijalankan bagi membantu usaha pemulihan keperluan asas mangsa yang terjejas dengan bencana itu.

Misi bantuan kemasyarakatan itu telah dijalankan di tiga buah kampung di Baling iaitu Kampung Iboi, Kampung Tanah Periok dan Kampung Kupang.
“Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban kepada mangsa-mangsa banjir serta memberikan mereka semangat untuk menjalani hari-hari mendatang,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
13,000 POKOK ‘HIJAUKAN’ KAWASAN TADAHAN AIR MELAKA
ASAHAN 19 November - Usaha memulihkan ekosistem kawasan tadahan air terus diperkasa apabila lebih 13,000 pokok hutan asli ditanam di...
1,114 JUALAN RAHMAH DIANJURKAN DI MELAKA TAHUN INI
PAYA RUMPUT 19 November – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperluaskan inisiatif membantu rakyat dengan...
MELAKA TROPICAL FRUIT HARM ‘HIDUP SEMULA’ TAHUN DEPAN
BUKIT KATIL 19 November - Melaka Tropical Fruit Farm di Sungai Udang akan kembali beroperasi pada pertengahan tahun depan selepas...
200 PESERTA EKSPEDISI TEROKA TAPAK BERSEJARAH MELAKA
AYER KEROH 13 November - Ekspedisi Jejak Warisan Melaka 2025 berlangsung baru-baru ini menghimpunkan seramai 200 peserta dari Melaka, Negeri...
MASJID BAHARU BAKAL BERI KESELESAAN KEPADA 13,000 PENDUDUK BERTAM ULU
SUNGAI UDANG 13 November - Penduduk Bertam Ulu bakal menerima sebuah masjid baharu dengan kapasiti lebih besar bagi menampung pertambahan...
RM1.4 JUTA BAIK PULIH FASILITI SUKAN UZUR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 12 November - Sejumlah RM1.4 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi membaik pulih fasiliti sukan sudah uzur di semua...
