
Polis tahan lelaki hina Islam di media sosial
KUALA LUMPUR, 17 Julai – Polis menahan seorang lelaki berumur 39 tahun yang disyaki menghina agama Islam di media sosial, di sebuah rumah di Puchong dekat sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan dalam kenyataan hari ini berkata siasatan mengenainya sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Ibupejabat Polis Bukit Aman, mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu tular sebuah video berdurasi 36 saat memaparkan seorang lelaki dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW, Allah SWT serta agama Islam, dan turut mencabar pertubuhan badan bukan kerajaan yang berkaitan untuk bersemuka dengannya.
Turut tular hari ini adalah beberapa klip video yang memaparkan lelaki terbabit dipukul di hadapan rumahnya oleh beberapa individu yang tidak dikenali, dipercayai berpunca daripada cabarannya itu.
Anbalagan yang turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang tindakan di luar batasan undang-undang berkata siasatan juga sedang dijalankan terhadap individu yang dilihat memukul lelaki itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA SMK TELOK MAS TERUJA SAMBUT KETUA MENTERI
TELOK MAS 18 Jun - Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas bertukar gamat apabila pelajar memberikan tepukan gemuruh...
KHPM EDISI MELAKA SASAR 50,000 PENGUNJUNG – KUSKOP
PUTRAJAYA 17 Jun - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung ke Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia...
PERUNTUKAN RM300,000 E-MIKRO PERKASA KOPERASI MELAKA
AYER KEROH 18 Jun - Kerajaan Negeri terus memperkukuh peranan koperasi sebagai pemangkin ekonomi rakyat menerusi peruntukan RM300,000 bagi Program...
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN JANA SEMULA PENDAPATAN
TANJUNG BIDARA 18 Jun - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyediakan kemudahan mesin jahit bagi membantu mangsa kebakaran Samsiah...
MBMB HARGAI JASA, RAI PEKERJA PEMBERSIHAN
BANDA HILIR 18 Jun - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meraikan lebih 100 pekerja pembersihan bersempena sambutan...
SANTUNI MANGSA KEBAKARAN BUKTI TOK RAUF PRIHATIN KESUSAHAN RAKYAT
TANJUNG BIDARA 18 Jun - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meluangkan masa untuk menziarahi Mohd Fairus Hamzah,...
